Thursday, July 14, 2011

Wira dan Wirawati Rekoder Ensembel Johor Di Persada Kebangsaan 2011


Putrajaya: 12 - 14 Julai 2011, pasukan Rekoder Ensembel SKTMI2 telah berentap bersama 15 negeri yang lain bagi merebut satu gelaran juara tahun 2011. Pertandingan berlangsung di Kuala Lumpur International Hotel dengan dirasmikan sendiri oleh Pengarah Kementerian Pelajaran Malaysia Y. Bhg. Dato' Ghafar bin Mahmud.

Sepanjang latihan pentas dijalankan, semua peserta begitu serius dan teruja untuk menjulang nama Johor sebagai juara ditambah pula dengan sokongan Guru Besar dan PK Kokurikulum yang turut serta dalam rombongan tersebut.

Walaupun keputusan pertandingan tidak menyebelahi pasukan ini, tetapi mereka sebenarnya telah membuat yang terbaik. Mereka semua berazam untuk menebus kekecewaan ini pada tahun 2012 dengan persediaan yang lebih rapi.

Tahniah kepada semua peserta serta guru-guru SKTMI2 yang menyokong dalam memastikan pasukan SKTMI2 berada dikelompok 16 terbaik di negara Malaysia. TAHNIAH!!!



untuk gambar seterusnya sila klik di sini

Monday, May 16, 2011

Persembahan Rekoder Ensemble Sempena Hari Guru

16 Mei 2011: Satu lagi pengiktirafan sekolah kepada Pasukan Rekoder Ensemble apabila diberi kepercayaan untuk membuat persembahan sempena Hari Guru SKTMI2. Semua pelajar dan guru bersorak dengan persembahan yang menarik dan penuh berkeyakinan.

Walaupun sekadar persembahan, namun semua ahli bersungguh-sungguh berlatih untuk mencapai tahap yang paling maksimum pada masa persembahan tersebut.

Tahniah kepada semua ahli Pasukan Rekoder Ensemble atas komitmen yang sangat baik. Didoakan agar pasukan ini akan terus kekal mengharumkan nama serkolah, daerah dan negeri Johor. Tahniah!!!

Penyampaian Rasmi Anugerah Juara Negeri Pasukan Rekoder Ensemble

16 Mei 2011: Sempena Hari Guru 2011, pihak sekolah telah berbesar hati untuk memasukkan acara penyampaian anugerah Juara Negeri Pasukan Rekoder Ensemble dalam majlis rasmi Hari Guru. Semua ahli pasukan dijemput satu persatu untuk menerima piala kemenangan masing-masing.

Semua ahli pasukan sangat teruja dan gembira sekali atas pengiktirafan sekolah. Mereka kini berkeyakinan bahawa dengan sokongan padu oleh pihak pentadbir, pasukan ini akan mara lebih jauh lagi dan adalah tidak mustahil pada tahun ini mereka akan bergelar juara peringkat kebangsaan. Selamat Hari Guru, terima kasih cikgu.

Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara

16 Mei 2011: Sambutan Hari Guru peringkat sekolah SKTMI2 telah dijalankan dengan penuh meriah dan bermakna sekali. Rata-rata guru amat terharu terhadap sambutan yang diberikan lebih-lebih lagi apabila pelajar memberikan cenderahati dan kad ucapan Hari Guru.

Sambutan dimulakan dengan acara rasmi dengan membacakan perutusan Hari Guru dari Menteri Pelajaran dan Pengarah Kementerian Pelajaran malaysia.

Selesai acara rasmi sukaneka antara guru-guru dijalankan. Suasana meriah dan kegemberiaan guru amat terasa dengan sorakan pelajar sebagai penyokong guru-guru yang diminatinya.

Acara persembahan pelajar dijalankan setelah selesai acara sukaneka. Antara yang membuat persembahan ialah Pasukan Rekoder Ensemble SKTMI2 yang mana kini sedang giat berlatih bagi menantikan pertandingan peringkat kebangsaan setelah dinobatkan sebagai juara negeri pada April yang lalu.

Saksikan tayangan video.